Fish

awek dan pakwe comel

Friday, May 18, 2012

kisah cinta?

assalamualaikum.

hye all !!

dah lama gilerrrrr tak update blog. tak sempat nak take care blog. kdg2 bz, kdg2 buat2 bz. hikhik. hari ni tak nak merapu sgt. hari ni aku nak fokus kat satu tajuk ajer. tajuk pun bukan bezz sgt pun. sesaje nak imbas kembali zaman2 tgh hangat bercinta dengan encik bakal suami. wahhh. dah upgrade status uollss. yealah, i'olls tgh menghitung hari ni. kurang lebih dua minggu lagi we'olls nak jadik hubby & wifey. haruslah tukar status. hikhik. gediks kan i'olls. suka hati i'olls lah nokkssss. jeles? kawen la mcm i'olls. kakakaka. mengarut ajer keje. ok, let's straight to the point. bukan apa pun. saja2 gatal tangan hari ni. ttbe teringat balik kisah cinta kami. akhirnya, nak bersatu dah. doakan semoga segala2nya berjalan dengan lancar. amin :)

sebenarnya, inilah kisah cinta yg paling gila dlm hidup aku. kisah cinta yg sebenar-benarnya cinta yg pernah aku rasa dan kisah cinta yg tak pernah aku ada dgn mana2 lelaki sebelum kehadiran dia. aku pun tak tahu mcm mana aku boleh terjebak dgn jerat percintaan kali ni. segalanya mcm berlaku sekelip mata. it was like, tinggggggg !! i fell in love with him. too early to tell the world that u've found someone special that u wanna marry him and be ur hubby. its happen in only two weeks. i'm sorry. broken english. my bad. hikhik.

hanya dua minggu jer aku kenal dia. kenal pun tak jumpa depan2. kenal kat henset jer. kemain flirty lg masa tu. hikhik. merenyam tak payah cakap la kan. tapi aku dah pesan awal2 dekat dia yg aku ni jenis realistik sikit. masa mula2 kenal lg aku dah tanya dia sama ada dia nak kawan2 mcm biasa ke, atau nak ushar aku buat isteri. daring kan haku? tapi aku mmg mcm tu. biarlah dia nak kata aku perasan pun aku tak kisah. aku cakap kat dia, kalau nak kawan2 biasa tu aku liat sikit dgn org lelaki. aku takut nanti aku kuch2 hota hai sorg diri nanti. parah kalau jd mcm tu. kalau nak kenal hati budi utk buat isteri ni, mungkin boleh la. kakakaka. mmg gatal betei aku masa tu. then, dia pun bagi feedback positif yg dia mmg nak kenal hati budi aku and kalau sesuai, nak buat isteri. alhamdulillah. tapi entah mcm mana aku boleh percaya janji2 manis lelaki ni. pelik jgk. mungkin sbb dia bukan sweet talker mcm jejantans yg aku kenal. atau maybe dia tak berani nak jd sweet talker dgn aku sbb aku penah warning dia yg aku lg terer bab cakap ayat manis2 ni sbb aku mmg pakar bahasa. kakakaka.

then, berlangsung la perkenalan aku dgn dia tru fon dgn hanya berbekalkan tgok gambo kat fb masing2. tapi masa tu belum jadik fren lg kat fb. tak terfikir pun nak add dia. dia lg lah tak pikir sbb dia bkn tgok aku kat fb dia, tp kat fb kawan dia. hehe. then, masa dua minggu tu pun ada la jgk dia suruh kawan dia yg perkenalkan kami tu MMS gambo dia kat aku memandangkan dia nak MMS sdri, dia cuma pakai henset cap ayam jer. kikikiki. masa tu kemain berbunga la kan sbb dpt gambo org yg tgh kita suka. lama2 kenal tu, aku rasa dia ni boleh ngam la dgn aku. boleh jd pendengar yg setia kpd seorang makwe yg banyak cakap ni, boleh tlg bagi nasihat kat aku yg kdg2 tak betul jgk ni. masa tu pun dah start tak sedap hati la. aku takut aku terperasan sorg2. takut2 dia saje nak mainkan aku jer. naya aku nanti. then, dlm tempoh dua minggu tu aku pun cakap kat dia yg aku rasa lain mcm dgn dia and aku tak nak buat keputusan terburu2 utk terus bercinta dgn dia sdgkan aku dgn dia belum face to face lagi. bila aku cakap mcm tu, dia terus cakap yg dia akan dtg jumpa aku. genap jer dua minggu kenal, dia dtg jumpa aku. bawak kawan dia sekali. 1st date ktorg tak sama dgn 1st date org lain. siap bawak teman lg. hikhik. then, bila dah jmpa tu, aku mmg tak simpan harapan pun yg dia akan bagi feedback yg positif dkt aku. siapalah aku. aku buat mcm tu sbb aku tak nak kecewa. ermmmm..

then, lepas jumpa tu, gelagat dia pun mcm biasa. mcm dua minggu yg aku kenal tu. in fact, makin mesra pulak kami berdua. senyum meleretlah aku sorg2. sape tak suka kan. then, dia ada cakap yg dia tak kisah aku mcm mana. dia cakap dia suka dkt aku. nak meluahkan yg dia syg pun tak berani jugak kan. mcm tak realistik la kan kalau nak cakap dua minggu tu dah cukup utk buat kami syg menyayang mcm tu even mmg dah rasa syg pun dkt dia masa tu. kakakakaa. then, kami pun masih ttp lagi kontek mcm sebelum ni. masa tu lah baru dia berani add aku kat fb dan siap bagi lagi password fb dia kat aku. kakakaka. selang beberapa hari kemudian, kami mcm dah tak boleh nak kaverline lagi. dulu2 duk bersaya berawak jer. lepas tu rasa mcm nak syg2 la plk. gediks kan. kakakaka. tapi rasa mcm tak sesuai lg sbb kami tak pernah declare pun. tapi lantaklahhhh. the fact is, mmg kami tak pernah declare pun. dia pun tak pernah lamar aku sbg kekasih hati dia. ttbe jer dah syg2 bagai. ttbe dia masuk jumpa mak ayah aku mintak permission nak buat aku bini dia. ttbe dia hantar mak ayah dia masuk merisik aku. ttbe kami dah nak kawen. hikhik. itulah kisah kami. kami tak pernah declare. tapi kami juga mcm org lain yg tgh hangat bercinta. sesekali dilambung ombak badai. sesekali melayang-layang ke awan biru.

sepanjang jarak masa aku kenal dia, dah mcm2 hal yg jadi. pahit, manis, tawar, masin, masam, payau. semua ada. dan dia kenal aku di saat aku bergelumang dgn seribu satu masalah. di mana aku berada pada tahap yg paling menyedihkan dlm hidup aku. aku tak boleh nafikan yg dia merupakan sumber kekuatan aku utk get through benda2 tu semua. kata org, org yg sentiasa bersama dgn kita pada saat kita berada pada tahap paling bawah itulah org yg betul2 syg pada kita. alhamdulillah. betullah apa yg dikata. dialah org yg banyak bantu aku bila aku berada dlm masa2 sukar. sampai skrg pun, dialah yg banyak tolong aku. dialah org yg paling faham aku ni jenis mcm mana. dan aku rasa apa yg aku lalui sudah cukup berat utk aku tanggung smpaikan aku dah tak sanggup utk tgok dia membebankan diri dia utk tolong aku itu ini. aku rasa aku nak jer lepaskan dia dari hidup aku. aku tak nak tgok dia bersusah payah demi aku. tapi dia tunjukkan kesungguhan dia utk sentiasa berada di samping aku. dia tak pernah tinggalkan aku sampailah ke hari ini. terima kasih Tuhan. ini satu anugerah.

kdg2, org cakap fb ni salah satu punca jgk kita nak gaduh2 dgn pakwe. nak2 bila dah terlalu percaya sampaikan bagi password fb bagai. tapi, jujurnya, aku dgn dia mmg takde masalah dari segi tu. mungkin kami hanya kekecualian. entahlah. tapi aku bersyukur sbb dia ni bukan jenis kaki melayan fb 24/7 mcm aku. harharhar. dia tak pernah tukar password fb dia. aku pulak yg rajin2 tukar password fb dia sbb fb dia penah nak kena hack sekali. kakakaka. tu pun aku report kat dia and then, bagi password baru yg aku reset balik. masa mula2 kenal dulu ada la jugak suspicious something weird dkt fb dia. masa tu baru betul2 kenal. baru bercinta. belum tahu lagi sejarah2 percintaan dia yg dulu. ada la jumpa sorg makwe ni. ttbe rasa lain mcm. nak siasat snyp2 pun rasa mcm bodoh jer. so, aku tanyalah dia betul2. dia pun cakap la makwe ni dia kenal sblum dia jumpa aku. tapi terus tak mesej dgn makwe tu lepas betul2 kenal aku. and obviously, makwe tersebut mmg in love dgn dia. kdg2 rasa bersalah jugak. rasa nak undur diri pun ada, tapi dia yakinkan aku yg dia mmg takde apa2 dgn makwe tersebut. dia pun ada la jugak kata yg dia rasa bersalah jugak sbb penah bagi harapan kat makwe tu. aku lagi rasa bersalah sbb makwe tu dah salah paham yg pakwe aku ni main2kan dia . padahal kami kenal adalah selepas dorg dah betul2 takde apa2 hubungan pun. sempat la jugak rasa makwe tu dtg fire aku cakap aku bahagia atas kesedihan dia. siap doakan yg tak baik lagi kat aku. dia cakap aku sengaja nak tunjuk bahagia dpn dia. tapi persoalannya, siapa dia? aku pun tak kenal dia utk dgn sengajanya aku nak tunjuk yg aku bahagia. padahal takde la bahagia mana pun. heh.

sempat la rasa ayat luahan hati makwe tu. panjang berjela dia buat karangan masa dia fire aku tu. terasa jugak nak menjawab. tapi pakwe aku pulak tgh warning aku tak bagi aku jawab sepatah pun apa yg makwe tu cakap kat aku. lagi lah makwe tu anggap aku salah kan. apa boleh buat. bila dia dah puas buat karangan panjang2 tu, dia terus remove aku. siap warning kat aku yg aku akan menyesal lepas kenal mamat ni. ok, aku pun malas nak cakap banyak memandangkan aku ni lebih suka percaya dgn kata hati aku. bukannya suka dgr hasutan2 jahat org yg dah terang2 tak puas hati dgn kita. aku harap makwe tu terbaca lah entri ni and aku harap dia tahu yg aku tak pernah menyesal kenal dgn bakal suami aku ni. in fact, mak ayah aku sayang gilerrrr dkt bakal menantu dia nih. kamu rugi sbb kamu tak pandai hargai dia. kamu rugi sbb terlalu jelas yg kamu hanya nak kikis duit dia. saya percaya, yg kamu akan memiliki dia kalau kamu sanggup susah senang dgn dia. tapi kamu dah terlanjur bicara bila kamu cakap yg kamu dah taknak hidup susah lagi. u know what? sepanjang aku kenal dgn dia, aku tak pernah rasa susah. tapi aku pernah berjanji yg aku nak hidup susah senang dgn dia. maafkan aku kalau kau rasa aku dah rampas cinta kau. kau tuduh aku mcm2. tapi sebenarnya cerita buruk2 pasal kau ada kat tgn aku. aku taknak cerita buruk pasal kau mcm kau cakap aku sengaja cari gaduh dgn kau pasal jantan. kau yg serang aku, tapi kau cakap aku plk yg cari gaduh pasal jantan. weirdo~. ok, tutup cerita. itu hanya secebis kisah masa awal2 percintaan kami.

tapi bab fb ni mmg kadang2 menyumbang jugak pada kehancuran rumahtangga mahupun rumah yg tak bertangga nih. tapi aku beruntung sbb dia bukan jenis sosial tak kena tempat. dia tak berani nak buat benda bukan2 kat fb sbb dia tahu aku ada password fb dia. kalau org lain, dah tentu2 tukar password kan. tapi dia tak. dia lagi suka aku pantau activiti fb dia. kdg2 bila dia chat dgn kawan2 dia, dia suruh aku tgok apa yg dia chat. kalau dia bukak fb, tapi aku tak on9, serta merta dia kol aku cakap yg dia ada bukak fb. bila dia takde internet and lama dah tak check apa yg ada dlm fb dia, dia suruh aku yg tolong bukak kan. tapi selalunya aku tak ganggu kawan2 dia. bab2 chatting ni aku tak pernah pandai2 guna acc dia. i know my boundaries. kalau kawan2 dia tegur tapi tak berjawab, aku lah tu yg bukak. hehe. tapi idea utk share pasword fb ini adalah idea yg sgt teruk. tak boleh diguna pakai. aku ni kekecualian sbb dia mmg suka jaga hati aku dari duk tercongok layan fb yg entah apa2 tu. hihihhi.

lenguh gilerr taip entri ni. panjang nak mampoihhh. tapi mcm banyak lagi jer tak cerita. tapi dah malas la. hikhik. takpelah, aku jump to a conclusion teruih lah yea. hikhik. aku bersyukur sbb Tuhan beri seorang teman hidup yg baik utk aku. walaupun di mata org lain dia biasa2 jer, tapi di mata aku dialah yg terbaik. even kdg2 bercakar-cakaran jugak, tapi masih lg utuh dgn pendirian kami utk hidup bersama. dia lah yg banyak bersabar dgn kerenah aku. dan dalam banyak2 hal yg kami lalui bersama, satu hal yg aku sgt2 suka dan hormati dia dgn sepenuh hati aku iaitu dia terlalu menjaga batas dan pergaulan kami. dia tak pernah sentuh aku even dah setahun kitorg bercinta. alhamdulillah. Tuhan masih beri kemanisan cinta itu walaupun kami tak bersentuhan. aku dpt rasakan rasa hormat dia terhadap wanita. aku rasa dihargai. dia selalu mintak maaf kat aku sbb tak pernah pimpin tgn aku bila keluar date. bukan tak sayang katanya, tapi taknak pegang aku selagi aku tak halal bagi dia. sebenarnya aku kagum. dan aku makin syg kat dia pun sbb dia hormat aku sbg seorang wanita. maruah aku tetap terpelihara. alhamdulillah.

skrg, kami tengah menghitung hari utk disatukan. 29/5/2012 ni secara rasminya aku akan menjadi zaujahnya. peneman dikala suka dan duka. insyaAllah. semoga kami terlindung dari sebarang malapetaka dan juga maksiat. semoga apa yg dirancang berjalan dgn lancar. doakan kami bahagia hingga ke syurga. insyaAllah.

dah panjang aku merapu. kikikiiki. rasanya takde org pun nak baca entri ni. terlalu panjang dan terlalu merapu. tak apa lah, simpan ia sbg kenangan. sbg catatan yg aku ini pernah, sdg dan sentiasa dilamun cinta dgn encik suami aku. hehehe. manisnya sebuah percintaan bila aurat dan batas pergaulan dijaga sebaik2nya. manisnya percintaan dgn org yg betul2 layak utk dpt kasih syg kita. manisnya rasa cinta anugerah Allah ini. hargainya. dan jgn lupa bersyukur kpd yg maha Esa kerana menganugerahkan rasa yg cukup indah ini. alhamdulillah wasyukurillah.

till the, aku nak stop dlu. salam subuh semua :)

wassalam.......




with love,
SunnySue

Tuesday, April 24, 2012

List to do before 31st May 2012!


  • kursus pra-perkahwinan.
  • pemeriksaan HIV utk perkahwinan.
  • ambik gambar passport utk borang kawen
  • beli barang hantaran
  • siapkan bilik pengantin
  • siapkan diri sendiri
  • 29/5 - majlis akad nikah
  • 31/5 - walimatul urus
  • 3/6 - sambut menantu sebelah pihak lelaki.
plan nak bertunang dah ditukar kpd plan utk kawen terus. cuma tarikhnya jer yg tak ditukar. rasa terkejut juga. ttbe terus nak kawen. mmg preparation tu sgtlah ad-hoc. agak kelam kabut la ckit. harap2 semuanya berjalan lancar. amin

sesungguhnya, kita merancang tapi DIA adalah sebaik2 perancang :)

tak boleh nak tulis banyak2. kepala tgh blurrr. hihhi. doakan yg terbaik utk kami.

wassalam.




with love,
SunnySue

Friday, April 20, 2012

Sayang selamanya.

Sayang-sayang si buah kepayang, nak ditelan pahit, nak dibuang sayang...

hye there!

it's been a long time since i'm not here. agak lama tak menulis kan. rasa janggal betei. hikhik! hari ni start menulis balik. saje nak test skill. masih ade ke tidak. aku rasa mcm skill merapu aku dah tahap kritikal sekarang. dah tak pandai mcm dulu. faktor peningkatan usia mungkin. kakakaka.

actually, i've been busy lately. tak sempat nak jenguk sgt blog ni. nak online pun tak sempat walau hakikatnya fesbuk aku 24 jam online. hahaha. sebenanya fesbuk tu mmg bukak. tapi tuannya tak tahu ke mana. ke awan biru, ke bintang tujuh, ke planet marikh. kalau sempat pun, malam2 baru la mengadap lappy layan fesbuk. pesen suka tggl lappy yg tgh on. nak buek mcm mano yo! tak dapek den nak nolong eh. hikhik!

okayyy,. dah jauh melalut. sebenarnya aku rinduuuu sgt2 kat belog ni. and satu lagi, aku rinduuuu nak luah2 isi hati kat sini. nak share cite2 yg aku lalui sehari dua ni. happy ada, sedih pun ada. rinduuuuuuuuuuu. sebenanya aku tak tahu aku berada dlm mood apa. neutral mungkin. ataupun aku dah cukup letih utk hadapi kerenah makhluk tuhan yg bernama manusia ni. aku pun tak tahu. tapi yg aku tahu, aku skrg dah slow down sikit. kalau sebelum ni aku suka marah2 incik pakwe, tapi skrg aku dah tak marah dia lagi even the annoyingness tu sgtlah menebal dlm diri dia. satu lagi, aku rasa tahap kesabaran aku cukup tggi dah skrg ni. errr. kdg2 keliru gk. sama ada aku sabar ataupun aku dah berpegang kpd prinsip "lantak kau lah". hihihi

tapi, walau apa pun yg terjadi, walau mcm mana aku sakit hati pun dgn incik pakwe, aku still tak boleh nak nafikan yg aku syg gilessssss kat dia. seriously. aku tak tahu kenapa aku jadi mcm gini. kalau dulu, cpt jer aku nak blah. rasa menyampah sikit, mula la angkat kaki blah. tapi kali ni mcm ada org ikat lah kaki aku nih. heran betei. so, bila dah jadi mcm tu, kena banyak2 la istighfar dlm hati. anggap jer semua ni dugaan org yg berdarah manis. eh, manis keeee?? hikhik.

setakat hari ni, aku dah tak tahu berapa liter ayaq mata yg aku proses. aku rasa kalah cite "one litre of tears" tu. hikhik. sekarang aku dah jadi manusia yg terlebih tacing. sgt sensitif. tak kena sikit, tacing. kurang perhatian sikit, tacing. mcm budak kecik pun ada. kdg2 tak puas hati juga dgn perangai sdri. tapi nak buat mcm mana, last2, pandai tacing aje lah. kena la sabar banyak2.

tapi bila ada masalah2 mcm ni, aku kdg2 rasa letih dah nak hadapi semua ni. kalau dulu senang jer boleh angkat kaki blah mcm tu jer. tak payah pikir panjang pun takpe. tapi skrg ni dah tak boleh buat mcm tu. banyak benda yg kena pikir. banyak hati yg perlu dijaga. skrg ni aku dlm fasa yg sgt serius utk membina masjid. perancangan dah dibuat, so, tak boleh senang2 angkat kaki blah mcm tu jer. lagipun, aku sygkan dia. kalau buat mcm tu pun, aku sdri juga yg menyesal. so, demi utk tdk membuat sebarang keputusan bodoh, lebih baik aku slow down sikit temper aku. dan lupakan jelah yg mana perlu tu. sesungguhnya, masalah2 yg aku hadapi tu sebahagian besarnya dari sikap yg terlebih tacing aku juga. insaflah. diri sdri!

kdg2 rasa mcm dah putus asa dgn hubungan ni. rasa letih sgt2 nak hadapi kerenah dia. jujurnya, kdg2 terfikir juga, kalau dia tak muncul terus dari hidup aku pun bagus juga. aman dunia aku. tapi aku tahu, tu semua pemikiran singkat bila hati tgh panas. so, aku cuba la berkaraoke lagu siti sarah dgn abg jamal - sandarkan pada kenangan tu. bila igt balik kenangan2 manis dgn dia, aku rasa syg balik dkt dia. kalau susah sgt nak flashback, bukak aje blog ni. baca balik entri bodoh yg aku tulis dulu2 time aku tgh angau dgn dia. mcm tu rupanya perangai aku time angau. buruk bebeno gayanya. tapi, aku tahu aku sgt happy dgn dia. dia yg selalu buat yg terbaik. dia yg selalu inginkan yg terbaik utk diri aku. aku masih nampak diri dia yg dulu. cumanya terlalu dikaburi dgn rasa tanggungjawab. buat dia lebih tegas mungkin. tak apa lah. aku terima semuanya. apa yg penting, kami masih lagi sygkan each other. apatah lagi hubungan ini.

kdg2 aku mcm tak percaya yg aku dah jumpa prince charming aku. prince charming yg aku kenal tak lebih dari dua minggu dan buat keputusan utk terima dia sbg imam aku kelak. aku sgt tak sangka. dulu2 aku igt semua ni takkan bawa aku dgn dia ke mana2. mungkin ianya perasaan sementara saja. tapi rupanya tidak. dialah org yg akan jadi imam aku tak lama lagi. and he keep saying that i am the best for him. always tell me that. glad to hear that. dia tak pernah jemu utk cakap mcm tu kat aku. terima kasih awak. sayang awak selamanya :)

kurang lebih sebulan lagi, kami akan bertunang. tarikhnya dah ditetapkan, persiapan pun dah start buat sedikit demi sedikit. aku rasa benda lain semua dah hampir nak setel memandangkan kami buat majlis simple2 jer. tinggal benda2 yg penting jer tak setel lagi. nak tggu dia balik kg utk beli cincin. and nak survey kedai kek utk tempahan. sgt tak sangka. dah nak jadi tunangan org rupanya. bertunang pun tak lama. mungkin 2 bulan jer kot. hihihi.

tapi aku mengaku, masa ni lah masa yg paling kritikal. banyak sgt dugaan yg kena hadapi. kdg2 rasa dah tak tertanggung, tapi tetap juga kena sabar. ditambah pula dah lama tak jumpa dia. dah berbulan2 tak jumpa. jangka masa paling lama kitorg tak jumpa. tu yg terlebih tacing skrg ni. hihihi. tapi kena redha jelah. masing2 ada tugas dan tanggungjawab. masa cukup terbatas utk spend time sama. harap2 nanti cuti nak bertunang ni, dptlah spend time sebanyak yg mungkin. masa tu pun mmg selalu kena keep in touch. banyak benda nak kena urus termasuklah hal2 nikah kawen plk. harap2 kesabaran aku berbaloi suatu hari nanti. insyaAllah :)

semoga semuanya baik2 belaka. semoga apa yg dirancang akan dipermudahkan olehNYA. dan semoga aku jadi anak, kakak, adik dan pasangan yg baik utk mereka2 di sekeliling aku. i pray hard for this. aminnn.

wohaaaa..!! padanlah singgah sekali sekala jer kat sini. sekali taip, panjang gilessss. hihihi. aku nak blah dulu. nak kumpul energy. esok sibuk lagi. tak pun, buat sibuk jer. ihihhi :P

aku blah dulu.

aku akhiri entri kali ini dgn,

wassalam.




with love,
SunnySue